Tuesday 13 March 2018

ATV Adventure Park, Kemensah



 Assalamualaikum,
Hai, hujung minggu kali ini saya dan rakan bercadang untuk membuat aktiviti luar yang lebih mencabar dari biasa. Sebenarnya ini juga kali pertama saya menyertai sukan lasak permainan ATV ni. ATV adalah singkatan bagi all-terrain vehicle.  So jom lah kita bincang sikit-sikit berkaitan sukan ini. ^^
Kami telah membuat tempahan sesi beserta bayaran deposit beberapa hari sebelum bermain ATV. Kalau tak silap saya terdapat beberapa sesi jam untuk perjalanan iaitu jam 9.00 a.m, jam 1.00 p.m dan jam 3.00 p.m. Jalan untuk ke ATV Adventure Park ini adalah bersebelahan dengan Zoo Negara. Mungkin agak jauh ke dalam tempat tersebut tetapi pasti anda tidak akan bosan dengan melihat suasana dan pemandangan seperti ala-ala dalam sebuah perkampungan kecil.. ^^ Di ATV Adventure Park ini terdapat kemudahan seperti surau terbuka, tandas, ruangan menunggu dan banyak lagi.

Antara pakej yang ditawarkan di ATV Adventure Park, Kemensah.

Untuk kami yang kebanyakkannya adalah pertama kali di ATV Adventure Park ni, pihak pengurusan mencadangkan kami untuk mengambil pakej C (rm150.00) sebagai pakej yang paling maksimum. Ini adalah kerana struktur kesesuaian laluan ATV adalah di tahap yang sederhana. Kesemua kumpulan yang hadir akan dikenalkan dahulu tentang penggunaan ATV dan cara untuk mengawalnya. Peserta akan diberi masa untuk membuat 4 kali pusingan lap kecil bagi menyesuaikan diri menunggang ATV tersebut. Perjalanan menaiki ATV buat saya yang pertama kalinya adalah amat menarik dan begitu mencabar sekali. Ini adalah kerana tahap kekuatan untuk memicit engine agak lemah dan boleh menyebabkan ibu jari bengkak. Haha.. So, untuk peserta yang lemah lembut seperti saya, dinasihatkan supaya memakai glove tangan bagi menguatkan cengkaman pada handle ATV supaya mudah memicit engine. Memandangkan cuaca baru sahaja reda daripada hujan, trek ATV agak licin dan berbahaya. Oleh itu, setiap peserta harus menjaga keselamatan masing-masing kerana itu merupakan tanggungjawab individu.

Sunday 20 April 2014

first collection of quiling cards =)

Assalamualaikum~hari ni baru berkesempatan untuk update blog dengan jayanya.. maklumlah dua tiga hari ni line internet tak berapa nak okey... lega setelah memakan masa hampir 3 jam saja untuk upload semua gambar yang tidak seberapa ni... hehe nilah dia koleksi pertama kad quiling untuk hari guru yang bakal menjelang bulan depan ^_^ seronok rasanya walaupun ini baru sebahagian je yang dapat ditunjukkan.. apa-apa pun jom layan dulu kad quiling budak beginner dekat bawah ni eaa... heE =) tak cun tu adat la, saya budak baru belajar kn ~ ~


ni gambar bunga yang telah di modific jadilah ala-ala awan larat yang dah melarat nampaknya.. =P


quiling sekuntum bunga.. simple but nice !


bunga campuran... ikut sedap mata memandang je ^^


love <3

yang ni favourite! sebab ada daun yang menjalar... dengan bunga yang cute tu.. 
Eee! hehe

yang ni ala-ala bunga matahari.. tapi tak pun.. saja gunakan kombinasi felt untuk tangkai bunga tu.. 
try and error la~ (=

rama-rama yang tidak berapa nak menjadi...
 huu~~


love lagi ~

this one, ilham.adilah punya ilham.. hehe 
dah lulus untuk bunga ni. .

bunga dahlia.. okey la kot... lebih kurang laa~ ;)

taDaa! ^_^

okey.. tak boleh lama-lama nak mengulas bab-bab quiling ni... hehe saya pun tak berapa mahir lagi.. sedang mengasah bakat ^^, apa-apa pun ni baru hasil permulaan.. insyaAllah lebih menarik akan datang ye.. owright, nak menyambung berquiling~ bye-bye.... ^^ assalam~ <3