Thursday, 10 April 2014

variasi pop-up bunga !

Assalamualaikum...

sudah berzaman saya menyimpan koleksi gambar kad-kad ni.. hari ini baru teringat untuk update blog yang sudah lama bersawang.. hehe okey, sebenarnya kad ini telah saya buat khas untuk  bekas guru-guru tingkatan 6 Smk Seri Lipis.. tapi lebih kepada lima orang guru kelasku yang disayangi dan dicintai itulah.. hehe ^_^ masa ambil keputusan keseluruhan dengan kertas ulangan barulah berpeluang untuk jumpa dan bagi kad yang tak seberapa ni... minta maaflah cikgu, nak bagi hadiah tak cukup bajet... ^_^

ini adalah warna-warna bunga yang telah saya pilih untuk dibuat kad.. cara buat kad dan lipatan bunga saya akan ajar pada masa akan datang okey.. hari ini saya tunjuk idea untuk padanan warna yang sesuai supaya bunga dalam pop-up kad lebih menarik saje.. ^_^



lima jenis warna yang berbeza untuk kulit kad.. saya memilih jenis kertas yang lebih tebal supaya struktur kad pop-up lebih teguh dan nampak lagi eksklusif.. chewah! maklumlah jenis dan kualiti kertas mempengaruhi hasil kad yang bakalan menjadi nanti tau :)



kad pertama: khas buat En. Kamaluddin bin Ibrahim... 
^_^ guru Bahasa Melayu saya..bunga yang digunakan adalah warna merah dengan corak dalam yang berwarna merah jambu..  untuk nampakkan lagi kesan garisan di dalam bunga, saya guna warna crayon supaya nampak tebal dan CuN^^ macam gambar tu la.. hehe



kad kedua: khas buat Pn. Norlaily binti Idrus 
guru Bahasa Inggeris.. memandangkan teacher suka warna pink, jadi kulit kad ini saya buat warna pink la.. bunga tu warna biru sebab kebiasaannya pink dan biru adalah warna gandingan yang sesuai.. ikut logik je ;) corak garisan dalam bunga juga menggunakan crayon pink.. ^^ alolo chumEeLnyee~ hik2..



kad ketiga: khas buat Datin Mahani binti Suddin
guru Ekonomi~ antara subjek yang paling mencabar hehe... okey, yang ni bunga warna emas berlatarkan kulit kad hijau muda.. saya guna warna ini sebab nak nampak ceria dan cerah ^^,.. corak garisaan dalam bunga saya guna crayon biru muda untuk matchkan dengan bunga... okey la kan~ :)



kad keempat: khas buat Pn. Siti Zubaidah binti Fazai
guru Pengurusan Perniagaan.. subjek yang mula-mula disangka susah tapi sebenarnya tak pun.. hehe saya menggunakan gabungan bunga kuning dan latar hitam untuk lebih timbul.. corak garisan dalam saya guna warna merah supaya mantOL sikit hihi^_^



kad kelima: khas buat Pn. Nor Fadilah binti Hussin
guru Pengajian Am.. subjek wajib lulus.. saya buat bunga guna warna oren tapi gambar kedua tu kurang jelas sangat orennya tu... berlatarkan biru untuk kulit.. corak garisan dalam bunga pula saya guna crayon coklat . .

kalau dilihat pada kad.. memang buka kad saja dah nampak sejambak bunga.. tak ada ruang untuk ucapan kan, jadi saya sudah pun buat ucapan pada kertas yang berbeza dengan saiz kertas yang lebih kecil... kertas ucapan tu boleh lah dilipat dua untuk mendapatkan garis tengah than~ selitkan saja di belakang bunga tersebut.. mudahkan.... nak baca tarik jew ^_^ tak ada masalah... cop-cop.. TERIMA KASIH CIKGU ! ^_^ hehe okey dah... selamat mencuba~

3 comments:

B2st And Beuaty said...

Blh tolng tunjukkn cra nk buat bunga mcm ni..cntik sngt

Nur Alya said...

betul...boleh ajarkan cara buat bunga ni tak....

Nur Saidah said...

terima kasih banyak kak infonya.. bermanfaat sekali ����