Saturday 20 October 2012

Cameron Highland

assalamualaikum..

kebelakangan ni sangat-sangat stress nak belajar, macam-macam masalah datang dah dekat nak pre-trial ni.. So, nasib baiklah abang aku ajak pergi jalan-jalan Cameron. ya, memang aku mengaku tak pernah jejak kaki lagi dekat Cameron tu, entah macam mana rupa tempat tu pon aku hanya tengok dari dalam tv, orang cerita, tak pun tengok melalui gambar saja.. kiranya ni, memang kali pertamalah aku baru nak pergi sana.. Berbekalkan sebiji kamera, aku pun dapatlah share cerita ni.. :)

Memandangkan setiap kali hujung minggu Cameron ramai pengunjung, abang aku pun buat keputusan untuk pergi ke sana pada hari biasa (persekolahan).. sah-sahlah, aku merelakan hati untuk ponteng demi percutian ini.. hehe siapa tak suka pergi jalan-jalan.. ^^

Perjalanan lebih kurang dalam dua jam saja, sebab dari tempat aku (Lipis) aku lalu Koyan.. iaitu jalan 'shortcut' nak ke Cameron.. Perjalanan ke sana memang memeningkan kerana struktur jalannya yang bengkang bengkok tu.. tidak dinafikan, memang agak memabukkan.. untunglah isi perut tak terkeluar.. hehe..

aku sampai Cameron kira-kira pukul 10 lebih. Destinasi pertama, setibanya aku dekat Cameron.. rugilah kalau tidak singgah di Barat Plantation.. Kawasan tu adalah kawasan penanaman teh yang agak terkenal tau....


BHARAT PLANTATION
nampak ladang teh dari atas sangat tenang, sejuk je angin bertiup ^^
dapatlah release tension sikit, lupa habis masalah-masalah aku, tapi tak lupa diri ok ^^,



ni time dah mula nak turun bawah.. excited! 


aku singgah sini pun sebab nak sarapan dan hirup udara nyaman sambil-sambil nak minum air kegemaran yang aku panggil Teh Su ^^, (teh la tu) yang fresh. Tapi, pelik rasanya, ada macam ditambah bunga cengkih.. aku harap ni first and last time rasa air teh dekat sini, kembang tekak.. erk! aku yang jakun kot sebab teh su dekat rumah lain rasanya.. hehe



CACTUS
singgah sekejap tepi-tepi jalan untuk cuci mata tengok kaktus yang comel-comel niy.. menarik sangat harga pon dalam rm2 ke rm3 je.. boleh la kalau siapa-siapa yang nak borong..



banyak juga jenis pokok-pokok yang ada jual dekat situ... 



TAMAN RAMA-RAMA
sempat juga aku singgah dekat taman rama-rama. Kesian rama-rama tu kena awet, walaupun aku tak masuk dalam taman rama-rama tapi cukup memuaskan sekadar tengok rama-rama yang dah kena awet ni... ^^,



selain daripada itu, macam-macam bentuk cenderamata magnet jual dekat taman ni.. 
lawa-lawa



PASAR TEPI JALAN (BERINCANG)
antara yang glamour selain strawberi, sayur-sayuran... 10 bungkus rm10.. waH! borong habislah aku dekat situ, jalan depan lagi~ 16 bungkus rm10.. peH! (kenapalah beli awal sangat tadi =,='') haha
tapi sayur sana memang segar-segar disebabkan suhu dan cuaca yang sentiasa sejuk saje..


bunga warna warni, sejuk mata... segar-segar semuanya...
 kembang je, sheroNOK tengok! ^^



merah semerah warna aku suka! Waaaaa~ ^^,



jual bunga selonggok rm10... kalau beli nanti layu bila dah turun, tengok saje..
simpan kenangan dalam kotak fikiran.. :)


suka tengok bunga-bunga walaupun tak tahu apa namanya... :)



HEALTHY STRAWBERRY FARM
sampai dekat sini ingat nak petik buah strawberi, tapi baru berbuah, jadi tengok jela..



buah yang paling famous dekat Cameron.. strawberry! 


 
 walaupun nama strawberi farm, tapi banyak juga jenis pokok lain yang dijual dekat sini..
anak-anak kaktus yang comel ada lagi banyak dekat sini.... terujanya!



banyak jenis, cantik tapi tak ada yang tak berduri... memang la.. hee



jatuh hati dengan kaktus merah...<3 cantiK!

bunga sama jenis tapi variasi warna tu yang menarik hati aku... ^^,



^_^ wink2..



dah penat jalan-jalan tengok bunga, 
dah jumpa strawberry tadi tak sah kalau tak rasa strawberi coklat ni...
SedaPp! nyum3..


bunga merah yang menawan

macam mana kembang dan segarnya bunga ni, macam tulah perasaan aku yang sangat-sangat seronok... walaupun pergi cuma satu hari saje, tapi tu dah cukup memuaskan hati aku... tenang, aman.. heish! rasa nak tinggal dekat sana je... apa-apa pun penat memang penat, harap-harap lain kali dapat pergi dengan family besar aku... satu hari yang bermakna akan ingat untuk selamanya~
Alhamdulillah... aku dah sampai sini... ^_^

No comments: