Wednesday 1 May 2013

tutorial kad ibu & ayah

Assalamualaikum~
macam-macam kita boleh buat untuk buktikan yang kita sayang ibu bapa kita... so, hari ni ada seorang budak request nak kad untuk parent dia... saje2 nak bagi. . . memandangkan masa tengah lapang, kerja pun tak berapa nak banyak, seri terimalah tempahan tu...
jom kita belajar buat kad lagi ! ^^,

bahan-bahan utama..
1) kertas warna keras (pilih 2 warna kegemaran)
2) gam ( seelok-eloknya guna gam stick supaya kerja lebih kemas)
3) pen hitam basah

barang yang diperlukan...
1) pisau
2)pembaris


Langkah 1


  • ambil sekeping kertas warna dan buat garisan tepi kertas dan atas... pastikan bahagian atas lagi besar berbanding tepi...(jangan pekat-pekat tau garisan tu) ^^,
  • cari garisan tengah kertas than garis... garisan tengah saya yang sudah di starkan macam kat atas tu...
  • ambil ukuran 1.5cm dari garisan tengan dan 1.5cm lagi dari garisan atas kemudian buat garisan lagi..   (ketebalan ukuran tu menunjukkan setakat mana tulisan dalam kad untuk naik ke depan)



Langkah 2


  • lakar tulisan yang kita suka.. contoh kad saya "ibu ayah I <3 U" 
  • pastikan tulisan di tulis hanya dalam ruangan macam kat atas tu jew... jangan terlebih tau =)
  • tulisan dalam perkataan mesti bercantum antara satu sama lain. Perkataan "ibu ayah" boleh dijarakkan dengan syarat ada perkataan yang mencecah garisan atas contoh kat atas huruf "I,b,A,h" dan huruf "I <3 U" untuk garisan bawah.
  • sama juga, kalau buat dua baris tulisan, tulisan atas dan bawah dicantumkan supaya kad berdiri sempurna... hehe



Langkah 3


  • gunakan pisau yang tajam untuk potong sekeliling huruf yang dah ditulis tadi... hati-hati takut terpotong cantuman antara huruf dan cantuman tulisan barisan atas dan bawah....
  • potong kedua-dua sisi menegak daripada ukuran 1.5cm yang atas tu, sampailah ukuran 1.5cm yang bawah... 
  • perhatikan betul-betul, daripada garisan tengah, keratan lebihan tak perlu dibuang, hanya potong huruf dan Jangan putuskan garisan bawah huruf yang terletak kat atas garisan bawah tu.... 



Langkah 4


  • lipat huruf atau lakaran yang bercantum dengan garisan bawah molek-molek... ^^,




  • kemudian, lipat pula garisan tengah kertas seperti yang saya starkan tadi tu....




  • lipat sebelah lagi elok-elok... pastikan jangan lari lipatan dengan garisan hehe ^_^





  • selesai lipatan kertas bahagian bawah, bentuk kad akan jadi seperti yang ditunjukkan kat atas ni...  (dah boleh berdiri sebahagian...)




Langkah 5


  • untuk bahagian atas, lipat juga huruf yang ada di atas garisan.... macam step tadi...




  • garisan yang atas sekali dilipat ke atas...
  • ( perbezaan lipatan cuma, bahagian bawah kad dilipat ke dalam manakala bahagian atas kad dilipat keluar...) itu saje...



Langkah 6


  • lepas tu, lipat dua kad tersebut...
  • tekan bahagian yang berlipat dan pastikan kad betul-betul rata....









CHAK! hehe kad berdiri sempurna... 
  • baringkan semula kad untuk padam kesemua lakaran yang dibuat tadi...
  • gunakan pen hitam basah untuk buat line di setiap tulisan (bagi lebih menarik)




Langkah 7


  • ambil satu lagi kertas berlainan warna... lipat dua..
  • tampal kertas di bahagian belakang kad yang bertulis... (hias luar kad mengikut citarasa sendiri)



  • Hias dalam kad dan jangan lupa sediakan ruang ucapan...
  • gunakan foam double side tape supaya hiasan nampak 3D macam patung dalam kad tu... ^^,
  • boleh juga guna glitter foam paper untuk love yang kecik-kecik comel ...




SIAP ^_^ !


seronok sebenarnya kalau kita buat kad atau apa-apa kraftangan hasil sendiri untuk diberi kepada orang lain... nampak saje macam susah, tapi kalau selalu buat pop up kad ni jadi jauh lebih mudah... cari masa yang sesuai dengan mood yang baik untuk mulakan sesuatu yang menarik ! okey ^^,

wassalam.... selamat mencuba =)

1 comment:

Unknown said...

Merkur Slots Machines - SEGATIC PLAY - Singapore
Merkur Slot Machines. 5 star rating. The Merkur Casino game was kadangpintar the 출장안마 first https://septcasino.com/review/merit-casino/ to feature poormansguidetocasinogambling.com video worrione.com slots in the entire casino,