Friday 9 August 2013

kad raya Seri Lipis 6A IBH 2012/ 2013

assalamualaikum semua... ! ^,^

okey, hari ni merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti untuk hari raya yang ke 19 dalam seri.. hehe
almaklumlah seri lahir pun bulan syawal hari yang ke 13, time2 orang tengah sibuk kenduri time tu jugak la nak keluar.. hehe

So, tadi dekat sekolah seri ada majlis Khatam Al-quran dan penyampai macam-macam sumbangan termasuklah DUIT RAYA daripada pihak sekolah... Alhamdulillah bertambah 1x ganda pada tahun ni.. heE
malam tadi baru terfikir nak buat kad raya untuk semua guru kelas 6 Ibnu Haitham.. lima orang saje, tapi buat hand made kad, berpeluh jugalah ^^ nak beli da memang tak sempat sebab hari dah malam kan ape lagi... LAYAN HOBI~ huhu

kad pertama
kad ni khas buat Datin Hjh. Mahani binti Suddin, atau datin...
ape yang menarik dengan datin ni adalah nasihat yang selalu diberi dalam kelas... bulan Ramadhan kali ini datin banyak bagi hadis jela.. tiap-tiap pagi masa ekonomi datin akan baca satu hadis ringkas untuk semua anak murid dia hafal... tapi seri sempatlah hafal dua tiga hadis pendek je.. heEhe. . . selain tu, bagi tips-tips kejayaan dan hafal semua bacaan dalam solat beserta maksudnya, agak mencabar juga... tapi memang elok pun apa yang datin suruh ni... muruid-murid dia je yang kadang-kadang liat nak ikut cakap. apa-apa pun, datin ni seorang yang sangat tegas dan sikap dia membuatkan semua murid hormat kat dia...




kad kedua
seterusnya, yang nie khas buat Pn. Siti Zubaidah Fazai. cikgu Pengajian Perniagaan seri.Cikgu siti, cikgu yang paling kelas kami tabiklah... sebabnya masa mengajar cikgu mampu bercakap tentang pelajaran tanpa penat sepanjang masa di dalam kelas tu.. sampai semua kawan-kawan terdiam, yang penting cikgu siti suka bagi contoh dalam bentuk situasi untuk lebih jelas lagi.. ^^ memang seronoklah contoh-contoh tu walaupun semua pasal perniagaan saje.... lagi satu, cikgu juga suka keluarkan bahasa klate dia bila geram tengok anak murid tak faham-faham.. segala maklumat yang cikgu siti beri sangat sangat sangat jelas! tu yang bersemangat je belajar PP nie...




kad ketiga
khas buat Pn. Fadilah Husin yang merupakan cikgu Pengajian Am. disebabkan PA adalah satu-satunya subjek yang wajib lulus untuk ke peringkat pembelajaran seterusnya, jadi cikgu lebih tegas dalam pengajaran.
apa yang seri suka dengan cikgu Fadilah ni, setiap kata-kata yang cikgu ucapkan sangat berhati-hati bagi memahamkan semua pelajarnya. cikgu Fadilah juga sangat terus terang dan panahan kata-kata cikgu memang kena dekat setiap batang hidung pelajar dalam kelas dan hasilnya menjadi. bukan apa, untuk kebaikan kami supaya sentiasa ingat setiap maklumat penting dalam matapelajaran Pengajian Am tu hehe ^^...





kad keempat
khas buat Pn, Norlaily Idrus atau teacher laily.. cikgu MUET seri dan satu-satunya guru kelas 6 Ibnu Haitham. teacher sangat sopan dan tak pernah langsung marah dalam kelas walaupun macam-macam perangai yang dah dibuat.. seri respect dekat teacher sebab sangat sabar melayan karenah kami.. pendekatan yang sentiasa dipraktikkan teacher adalah memberi nasihat dan selalu memberi cadangan yang lebih baik berdasarkan apa-apa tindakan yang pelajar dia nak lakukan.. yang seronoknya, waktu MUET berabuk speaking... masa tu lah seri dapat dengar stail orang Pahang speaking, macam-macam bunyi baru yang keluar...





kad kelima
khas buat En. Kamaluddin Ibrahim , guru Bahasa Melayu... hehe cikgu ni gelarannya adalah cikgu Kabib... maklumlah belajar bahasa Melayu kan ada akronim, jadi gelaran Cikgu Kabib tu sempena akronim nama cikgu juga... ^^ terima kasih sebab cikgu banyak bagi bantuan melalui nasihat/motivasi yang sangat menyeronokkan sampai senyum ke telinga... walaupun pada mula-mula seri sampai di Pahang dialek cikgu inilah yang paling kuat, namun sekarang kita dapat berdialek sama-sama ^^ cikgu Kabib boleh dikatakan tegas tapi kesemua peluang yang diberi untuk merebut sesuatu perlu diambil oleh semua pelajar, siapa yang tolak memang rugi besar.. itu stail cikgu jadi ikut je . .



# tiada yang lebih berharga selain ilmu yang diajar oleh seseorang guru terhadap muridnya #



kami akan sentiasa menyemat kenangan bersama cikgu-cikgu 6 Ibnu Haitham 2012/2013 ^^, insya'Allah~
ukwah fillah abadan abada~ asSalam-pelukciumrindu kepada para guruku =)


No comments: