Tuesday, 13 March 2018

ATV Adventure Park, Kemensah



 Assalamualaikum,
Hai, hujung minggu kali ini saya dan rakan bercadang untuk membuat aktiviti luar yang lebih mencabar dari biasa. Sebenarnya ini juga kali pertama saya menyertai sukan lasak permainan ATV ni. ATV adalah singkatan bagi all-terrain vehicle.  So jom lah kita bincang sikit-sikit berkaitan sukan ini. ^^
Kami telah membuat tempahan sesi beserta bayaran deposit beberapa hari sebelum bermain ATV. Kalau tak silap saya terdapat beberapa sesi jam untuk perjalanan iaitu jam 9.00 a.m, jam 1.00 p.m dan jam 3.00 p.m. Jalan untuk ke ATV Adventure Park ini adalah bersebelahan dengan Zoo Negara. Mungkin agak jauh ke dalam tempat tersebut tetapi pasti anda tidak akan bosan dengan melihat suasana dan pemandangan seperti ala-ala dalam sebuah perkampungan kecil.. ^^ Di ATV Adventure Park ini terdapat kemudahan seperti surau terbuka, tandas, ruangan menunggu dan banyak lagi.

Antara pakej yang ditawarkan di ATV Adventure Park, Kemensah.

Untuk kami yang kebanyakkannya adalah pertama kali di ATV Adventure Park ni, pihak pengurusan mencadangkan kami untuk mengambil pakej C (rm150.00) sebagai pakej yang paling maksimum. Ini adalah kerana struktur kesesuaian laluan ATV adalah di tahap yang sederhana. Kesemua kumpulan yang hadir akan dikenalkan dahulu tentang penggunaan ATV dan cara untuk mengawalnya. Peserta akan diberi masa untuk membuat 4 kali pusingan lap kecil bagi menyesuaikan diri menunggang ATV tersebut. Perjalanan menaiki ATV buat saya yang pertama kalinya adalah amat menarik dan begitu mencabar sekali. Ini adalah kerana tahap kekuatan untuk memicit engine agak lemah dan boleh menyebabkan ibu jari bengkak. Haha.. So, untuk peserta yang lemah lembut seperti saya, dinasihatkan supaya memakai glove tangan bagi menguatkan cengkaman pada handle ATV supaya mudah memicit engine. Memandangkan cuaca baru sahaja reda daripada hujan, trek ATV agak licin dan berbahaya. Oleh itu, setiap peserta harus menjaga keselamatan masing-masing kerana itu merupakan tanggungjawab individu.

No comments: