ku ingin gembira dan tertawa
andai hari esok ada yang menyapa....
teringat segaris senyuman manis yang terukir di bibirmu
tatkala hati dalam berduka..
walaupun hanya bayangan di minda
tapi gelora hatiku terusik seketika..
lenyap api yang membara.. hanya dingin yang ku rasa
tenangnya jiwaku.....
bergelinang mutiara jernih tanpa diseka..
sejarah silam telah aku lupakan..
ku pejamkan mata agar dapat ku rasa
secebis hati yang menyentuh kalbu ku..
dalam khayalan ku rasa tenang
walaupun ku tahu
bayangan takkan menjadi kenyataan...
~ <3 ~
No comments:
Post a Comment