Saturday 21 July 2012

salam ramadhan~

assalamualaikum..

selamat berpuasa semua.. isnin ni aku sekolah macam biasa, cuma yang agak pelik sikit dekat sekolah aku bila cikgu buat kelas tambahan untuk pelajar lower six. memang agak mengejutkan pada awalnya sebab kebiasaan sekolah sebelum ini aku balik lebih awal kerana jadual waktu disingkatkan. dengan alasan lain bulan puasa pelajar cepat penat, lagi pun kalau belajar tak semua yang di ajar akan masuk sangat.

bila aku fikir-fikir semula, bagus juga sekolah aku buat kelas tambahan. sebab kalau balik awal pun boleh buat apa je dekat rumah selain tidur yang panjang.. tambahan pula, cikgu galakkan semua pelajar bawa telekung, nanti masa rehat tidaklah terbuang masa yang sedikit tu sebab ada pengisian dengan solat dhuha. paling aku berminat apabila pengetua sekolah suruh pelajar semua untuk baca doa dhuha masa program pengisian rohani menyambut ramadhan jumaat lalu, tapi dengan cara pelajar menyanyi secara beramai-ramai doa dhuha tersebut. memang rasa sangat kemeriahan untuk menyambut bulan ramadhan dekat sekolah aku walaupun pelajarnya sedikit saje.

lepas tu, aku pun cuba baca doa dhuha tu beramai-ramai, walaupun masih kurang hafal, tapi irama doa dhuha tu membuatkan aku tertarik sangat nak menghafal. sangat tenang bila kita dengar..

Doa Dhuha

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

doa dhuha- UNIC 

sangat seronok, cikgu dan pelajar masing-masing bersungguh-sungguh menyambut kedatangan ramadhan di sekolah. aku harap pengisian ramadhan aku pada tahun ini lebih daripada tahun sebelumnya.. amin~ ^^,

No comments: