Saturday 8 September 2012

hari raya keluarga~

assalamualaikum. . .

Dah lama bercuti daripada menulis blog, macam-macam yang aku nak kongsikan.. tapi cuma kekangan masa yang kurang mengizinkan untuk aku membebel dalam blog sendiri. aku kali ni cuma nak berkongsi pasal sambutan hari raya bersama keluarga di Johor... memang meriah tahun ini sebab abang dan kakak-kakak aku beraya dekat rumah sini (kampung, rumah abah :) . .

aku balik Johor, malam. . sehari sebelum raya.. nasiblah sempat untuk sahur dekat rumah kampung satu hari terakhir tu dan berbuka sekali... Alhamdulillah~

hari raya pertama, kebiasaannya semua ahli keluarga aku yang lelaki membuat persiapan untuk pergi masjid, solat hari raya. yang perempuan pula sibuk siapkan makanan untuk sarapan bersama~

 ni lah antara juadah pagi hari raya keluarga aku... 

simple saje, ada ketupat, lodeh, lontong daun pisang, lemang, rendang daging, mee goreng, ayam masak merah, kuah kacang dan lauk ngunjung jiran-jiran....  alamak! macam baynak pula.. hee

dekat Johor, memang ngunjung @ berkat (hantar lauk pauk dekat jiran-jiran sekeliling) tu jadi amalan masyarakat dekat sini.. tanda sedekah kita dekat orang, biasanya orang kampung aku akan mengunjung bermula 1 Ramadhan sehinggalah hari raya yng pertama....

lagi satu, "Baraan" (orang kampung datang dekat setiap rumah untuk marhaban)
raya tahun ni rumah aku jadi rumah pertama kena serbu dengan 3 kumpulan baraan kampung, almaklumlah, pembahagian kumpulan dibuat dekat rumah pertama.. yang paling menyakitkan hati sekali, pagi-pagi hari raya budak-budak bujang mulalah PreSS motor... jalan sana sini nak tunjuk exzos baru... sabar jelah...

 kanak-kanak kena duduk di bahagian anjung rumah
(takut buat bising) hee

dewasa dan bujang dekat dalam..

selesai baraan, sambung semula event keluarga aku, salam-salaman... adatlah, minta maaf sesama keluarga.. tapi tak bermaksud setahun tu keluarga aku cuma minta maaf semasa hari raya, agak-agaklahkan.. :) rasa minta maaf beramai-ramai sangat meriah ! nak-nak keluarga aku semua dah duduk jauh-jauh dan jarang untuk berkumpul.. kalau siapa yang tak pernah rasa, cubalah buat raya tahun depan hehe.... malas nak ulas lebih-lebih... 

sesi minta maaf keluarga aku akan bermula dengan anak sulong dan mengikut turutan ke bawah... disebabkan along aku tidak ada.. so, bermula daripada kak angah dan suami, kak ena dan suami, abang ajim dan isteri, abang ajay, kak ila, kak atin dan last sekali aku yang bongsu... heish! memang macam gitu sajelah setiap tahun... dan disebabkan aku yang last, aku akan dibuli untuk tangkap gambar kakak-kakak aku yang bersalaman... layankan jelah.. selalu kakak kena mengalah, tapi kalini adik terpaksa mengalah pula =,='' ish2....

 tengah beratur tunggu turn.. hee :)

  orang last sedang mejadi jurugambar...
dahulukan yang tue..

selesai semuanya... sesi terakhir.. tangkap gambar keluarga... macam-macam ragam keluarga aku, hehe meriah ! tak percaya tengoklah~ ^^

abah dan mak ude.... :)
bersedia untuk ambil gambar keluarga hehe


 keluarga kak ena.. anak sedara aku yang sebelah kanan ni tengah merajuk sebab tak nak ambil gambar.. susah juga nak bagi semua pandang kamera.. mak bapaknye masing-masing pelik anak takut lari dari bergambar... hehe

keluarga abang ajim... anak sedara aku mimi masa ni tengah tidur..
 tak dapatlah tunjukkan diri.. :)

anak dara 3 terbawah dalam family... hehe

keluarga along... tu lah mimi.. baru bangun tidur... kembar haziq dan haiqal sibuk main..
tak sempat nak bergambar


keluarga kak ngah... hanef sibuk nak baca buku belajar pagi-pagi raya.. heishhh..:)

gelagat keluarga aku sebelum nak bergambar... masing-masing bergaya.. hee B)

 ish3! tak cukup dengan satu kamera...
anak-anak sedara aku yang suke sangat bergambar ^^
tak kurang mak ciknye juga..

 family aku... walaupun ada yang tak ada tapi raya tahun ini sangat seronok!
SELAMAT HARI RAYA...

seronoknya tak tahulah nak digambarkan.. apa-apa pun selepas seminggu semua keluarga aku akan bersurai dan sambung kerja masing-masing.. saat-saat berkumpul akan tiba lagi untuk hari akan datang~ insyaAllah.... love my family <3

wassalam. . .






No comments: