Wednesday 15 August 2012

penutup ramadhan~

assalamualaikum...

hari ni hari terakhir persekolahan sebelum nak berhari raya, walau apa pun aku tetap balik raya hari jumaat~ heeish! kadang-kadang tertekan juga tengok budak hostel da balik semua.. maklumlah duduk dengan abang, so.. balik kenalah tunggu dia..

dekat sekolah tadi pre-trial Bahasa Melayu, ingatkan MUET test sekali hari ni rupa-rupanya postpone naik raya~ 0_O erkk! tak dapatlah nak cuti lebih kat kampung, nampaknya aku kena balik awal sendiri sebab abang aku mula cuti minggu kedua (aku dah habis cuti).

sempat juga aku bagi pantun bahasa keturunan aku dekat kawan-kawan kelas yang berbunyi :

godok pisang neng ngisor ondo,
godok ketupat neng jero atep,
salah silahku njaluk ngapuro,
ketemu meneh neng minggu ngarep.
(jowo version)
salamat manyambut hari raya,
karindangan akan kampung di sana,
kulaan awan rakan dirai besama,
mohon maaf handak dipinta.
(banjar version)

ni lah bunyi pantun tu, yang pantun jawa tu, aku tak pasti sama ada godok atau godong~ tapi yang bahasa banjar aku da ubah sikit, duduk sini tak bermaksud aku lupa asal usul kan? hee seronoklah! ^^, sebab aku dengar macam-macam bunyinye... maklumlah orang Pahang cakap bahasa Banjar dan Jawa~ tergeliat lidah masing-masing... hehe

lepas periksa Bahasa Melayu saje, kelas aku didatangi cikgu Fadilah (cikgu Pengajiam Am) memang teruja sebab nampak macam cikgu nak bagi something~ haha duit raya ? (tu jela dalam kepala ni..) tapi layak ke untuk umur macam aku ni dapat "duit raya" ?


 ni lah rupa benda yang kami sekelas dapat. 
adelah sikit macam sampul duit raya dari jauh, nak nak ada macam-macam bentuk.. memang cantik sangat ^_^

 terujalah dapat "ole-ole aidilfitri 2012" dari cikgu~ ^^,
yang kecil tak berapa jelas tu, cikgu tulis : 
semoga lebaran ini lebih bermakna 
dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T


wah! bila terbalikkan . . AMEKAW! 0_O belakang tu bukan ucapan ye =.= !
tapi homework karangan PA.. (tertipu)

walau macam mana pun tetap syok, sebab cikgu aku agak kreatif juga buat benda-benda macam ni.. hehe yelah menarik sikit daripada kertas putih yang tak ada bentuk-bentuk kan nampak bosan...
terima kasih cikgu~ tapi tak janjilah untuk siapkan ^^,

lepas rehat, majlis penutup Ramadhan dibuat dekat surau.. semua pelajar berkumpul untuk Khatam Al-Quran.. memandangkan jumlah pelajar sedikit, jadi kenalah buat lebih kurang dalam 60 kumpulan yang hanya 3 orang ahli untuk baca Al-Quran serentak untuk Khatamkan... aku macam biasalah, memang geng aku ada 3 orang je... untunglah~ Laili, Sara dan Fadzleen(aku).. kami kumpulan yang ke 40... dan seterusnya Khatam beramai-ramai dalam surau.. memang meriah! ^^,

sebagai penutup majlis, macam biasalah... cikgu akan bagi sumbangan kepada anak-anak yatim.. yang seronoknya.. ada juga sumbangan daripada Bank Rakyat untuk pelajar yang susah.. dan akhir sekali~ bersalam-salaman dengan guru.. siapa tak suka salam kalau dapat duit raya.. ^^, untunglah sekolah pelajar sedikit ni.. semua pelajar dapat duit raya daripada pihak sekolah.. terimakasihcikgu.


seorang RM3, tapi kalau darab-darab dengan bilangan pelajar yang ada...
wah! kaya juga sekolah ni.. hehe

semasa salam, ramailah cikgu yang aku tak kenal disebabkan cikgu yang mengajar pra-U2 hanya lima orang sahaja... yang pastinya ucapan raya dan maaf aku cakap saje dekat semua cikgu.. ada lah cikgu aku yang minta bawa kuih raya dari Johor... erkk! apa beza kuih Johor dengan Pahang??? (persoalan) heishh! macam-macamlah cikgu ni.. kuih Johor dengan Pahang tak ada bezanya pun.. tak apalah.. kalau sempat nanti aku cari apa kuih raya Johor yang tak ada dekat Pahang, hehe akan difikirkan... ^^,

walaupun Ramadhan bakal berakhir tapi dengan pengisian yang cukup InsyaAllah lebih sempurna rasanya.. apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kawan-kawan aku... terutamanya kawan sekelas aku, maklumlah aku nak balik kampung lusa.. walaupun jadi anak perantauan (Pahang) aku tetap ingat kampung halaman (Johor)... ^_^

baik-baik raya tau ! jangan lupa kawanmu di Johor..... :)
wassalam~



No comments: